Pelaburan KWSP

PELABURAN KWSP


Memaksimumkan Simpanan KWSP Anda

Inflasi berganda boleh memberi beberapa implikasi terhadap gaya hidup jika dibiarkan. Oleh itu, adalah penting bagi anda melabur dana persaraan anda untuk menghasilkan kadar pulangan yang lebih tinggi berbanding kadar inflasi. Ini penting bagi mengelakkan pengurangan yang ketara dalam kuasa pembelian anda pada masa akan datang.

Membina Tabungan Persaraan Anda dengan Unit Amanah

Melabur wang KWSP anda dalam produk-produk unit amanah memberikan anda peluang memperolehi potensi pulangan yang lebih tinggi (pada tahap risiko yang boleh diterima) dalam jangka masa panjang.  jesteru memberikan anda potensi mengumpulkan dana yang lebih banyak untuk tujuan persaraan.

Mengapa Melabur Melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP?

Tidak Memerlukan Pelaburan Tunai
Pelaburan diurusniaga terus daripada Akaun 1 KWSP anda.

Kepelbagaian
Peluang  unutk mempelbagaikan wang persaraan anda dengan dana-dana yang diluluskan oleh KWSP.

Pendedahan Pelaburan Luar Negara
Melabur ke luar negara dengan dana domestik yang boleh melabur sehingga 30% daripada nilai aset bersih dana dalam pasaran-pasaran luar negara.

Pertumbuhan Nilai Modal
Peluang untuk menikmati pertumbuhan modal sebagai sebahagiaan daripada pulangan pelaburan untuk meningkatkan jumlah wang simpanan KWSP anda.

Bagaimana Melabur?
  • Jumlah yang boleh dilaburkan adalah sebanyak 20% daripada jumlah Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1.
  • Pelaburan minimum adalah sebanyak RM1,000.
  • Pelaburan booleh dibuat sekali bagi setiap 3 bulan.
  • Caj Perkhidmatan seunit - sehingga 3% daripada nilai aset bersih seunit.
Untuk Mengetahui Sama Ada Anda Layak
  • Semak baki akaun anda di mana-mana Smart Kiosk KWSP dengan menggunakan Mykad anda; atau
  • Semak Penyata Akaun KWSP anda yang terkini; atau
  • Melayari www.kwsp.gov.my sekiranya anda adalah pendaftar i-Akaun.

Kelayakan

Ahli KWSP mesti mempunyai Simpanan Asas seperti di bawah mengikut umur untuk melabur;



Contoh

A berumur 26 tahun. Berdasarkan penyata Ahli KWSP terkini, jumlah simpanan dalam akaun 1 ialah RM50,000.  Merujuk kepada Simpanan Asas di atas, simpanan asas yang diperlukan dalam Akaun 1 ialah RM11,000.  Pengiraannya adalah:

              ( RM50,000 - RM11,000 ) x 20%

               RM7,800

Ini bermakna A layak menlabur sebanyak RM7,800 kerana melebihi jumlah minimun pelaburan iaitu RM1,000.


No comments:

Post a Comment