TRUST NOMINATION
Sebelum ni fokus utama saya bekerja sebagai Perunding Unit Amanah hanya untuk menambahkan pendapatan... sebab dah bosan duduk rumah sebagai suri rumah tangga sepenuh masa...
Buat kerja ada pendapatan...
Tapi baru-baru ni persepsi saya berubah... investor saya menghidapi kanser... beliau merupakan investor yang konsisten dalam pelaburan KSWP... tapi pada awal 2010 beliau sudah menghentikan pelaburannya tanpa saya ketahui sebabnya... saya berasa bersalah sangat kerana selama 1 tahun lebih saya langsung tidak menghubungi beliau.
Hati saya memberontak untuk membantu beliau sekeluarga... tapi bagaimana????
Sebagai Perunding Unit Amanah yang bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan pelanggan... saya menemui isteri beliau untuk membuat Penamaan Waris (Trust Nomination -TN)... saya terangkan serba sedikit kepentingan TN bagi memudahkan si isteri menerangkan kepada suaminya... Alhamdulillah... berjaya saya menguruskannya...
Tiga bulan kemudian.... saya mendapat berita bahawa pelanggan saya ini telah meninggal dunia...
Saya tidak dapat pergi melawat hanya kiriman ucapan takziah saya kirimkan kepada isteri... isterinya sangat terharu dengan keperihatinan yang saya berikan...
Selepas sebulan pelanggan saya meninggal dunia saya menghubungi isterinya... saja bertanya khabar...
Saya mahu mangajak beliau untuk menguruskan pelaburan arwah suaminya... pada mulanya beliau agak keberatan sebab beliau kini menetap di bandar KT... tapi saya menyatakan tentang kebaikakn kalau pertukaran nama segera dilakukan... akhirnya beliau setuju...
Dan... Baru-baru ni saya telah membawa beliau untuk proses pertukaran nama... Alhamdulillah... proses yang tak lama dan saya lihat beliau gembira... kini... saya telah menjadi rakan kepada pelabur baru saya iaitu isteri bekas pelanggan saya...
# kini saya lebih fokus BISNES INI UNTUK MENOLONG ORANG...
saya lebih fikir... selain saya ingin menambahkan pendapatan.... saya perlu fikirkan tentang kesusahan orang lain...
No comments:
Post a Comment