Thursday, 20 October 2011


SOALAN-SOALAN LAZIM


1)      Berapa sebenarnya dividend unit trust?

Dividend unit trust adalah diantara 10% hingga 15% setiap tahun terkompoun dengan syarat mestilah disimpan lebih daripada 3 tahun. Prestasi sebenar pelaburan public mutual yang sebelum ini ada dana memberikan pulangan 100% dalam masa 5 tahun, maka setiap tahun agihan dan kenaikan modal memberikan dividen terkompoun sebanyak 15%. Ini dapat dibuktikan melalui formula FV=PV (1+i) n. Tetapi dalam keadaan ekonomi sekarang, pelabur yang baru melabur 6 bulan telah mendapat pulangan diantara 20% hingga 30%, mereka boleh mengeluarkan duit tanpa perlu menunggu 3 tahun.



2)    Saya takut harga turun naik. Katakan saya beli pada harga RM 0.25, adakah saya akan rugi sekiranya selepas 5 tahun apabila  saya ingin menjual unit amanah saya pada ketika itu harga seunit hanya RM 0.20?

 Unit trust bermaksud pengumpulan unit. Setiap pelabur diberi pemilikan dalam bentuk unit. Unit akan bertambah setiap kali pemberian dividend tahunan. Setiap tahun pemberian unit adalah berdasarkan unit yang terkini. Setelah tahun ke lima unit di dalam pegangan pelabur semakin bertambah dan didarabkan dengan harga semasa RM 0.20, pelabur TIDAK RUGI. Ini dibuktikan melalui prestasi sebenar, Public Ittikal pada tahun 1997 harga pengenalan seunit adalah RM 0.95, pelaburan bernilai RM100,000 telah menjadi RM 199.987 pada 2005 walaupun pada ketika harga jualan Public ittikal hanyalah RM 0.75. Secara logiknya duit pelabur hanya tinggal RM75,000 tetapi mengapa pelabur untung? Ini disebabkan unit di dalam pegangan telah meningkat melalui pemberian dividend tahunan.


3)    Apakah beza diantara KPF, bank rakyat dan unit trust?

 KPF adalah Koperasi Permodalan Felda yang memberikan dividen 10% hingga 14%. Bank Rakyat pula adalah 15%, Dividen KPF & Bank rakyat adalah payout. Sekiranya dilaburkan 10 tahun, 10 ribu di KPF @ Bank rakyat hanya memberikan RM25 ribu (capital + payout dividen) manakala unit trust adalah dividen terkompoun dan  terbukti RM 34 ribu dalam masa 10 tahun. KPF & Bank Rakyat tertakluk dibawah akta koperasi dan mempunyai had yang terhad. Pelabur terpaksa menunggu giliran dan had KPF hanya RM250 ribu sahaja.


4)    Boleh tak duit saya jadik kosong?

 Pelaburan unit amanah dilaburkan di dalam berpuluh kaunter malahan beratus kaunter. Pegangan adalah dalam bentuk unit. Unit tidak akan berkurang walaupun seunit. Risiko untuk duit hilang amatlah tipis memandangkan duit pelabur di dalam "safeguard" pemegang amanah sepeti amanah raya berhad, maka syarikat pengurusan unit amanah tidal boleh sewenang-wenangnya melaburkan duit pelabur. Semua aktiviti pelaburan adalah tertakluk di bawah "surat ikatan" ataupun "DEEDS".

 
5)    Apakah yang akan saya dapat, bila saya melabur?

Dalam masa 3 minggu pelabur akan dapat statement daripada public mutual. 2 kali setahun pelabur akan dapat report separuh tahun “interim report” dan laporan tahunan “ Annual report”.  


6)    Apakah perbezaan pelaburan KWSP & Unit Trust?

Pelaburan KWSP kebanyakannya dilaburkan di sekuriti dan bon kerajaan Malaysia, maka pulangannya adalah rendah berbanding unit trust. Pelaburan di KSWP memerlukan 14 tahun untuk sekali ganda, manakala di unit trust terbukti 7 tahun sekali ganda.



7)    Apa perbezaaan pelaburan ASB & Unit Trust?

ASB adalah di bawah PNB dibawah kerajaan, Public mutual adalah syarikat unit trust swasta. ASB memberikan dividen terkompoun 8% manakala Public Mutual daripada 10% hingga 15%. Duit di ASB memerlukan 10 tahun untuk sekali ganda manakala Public Mutual terbukti 7 tahun sekali ganda.



8)    Adakah pelaburan unit trust telah dizakatkan?

Pelaburan unit trust adalah tidak dizakatkan. Pelabur perlu mengeluarkan zakat apabila cukup haul dan nisab.

Wednesday, 19 October 2011


Pelaburan didalam Unit amanah Islam adalah diantara rangkaian dana unit amanah tersedia di pasaran. Pada asasnya, sekumpulan wang yang disatukan di dalam satu dana unit amanah, oleh pelabur-pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama, akan dilaburkan oleh syarikat pengurusan pelaburan di dalam satu atau lebih kumpulan aset, dengan tujuan untuk mencapai objektif pelaburan tadi.

Unit amanah Islam adalah ia merupakan suatu entiti pelaburan yang mendapat status patuh Syariah,yang mana diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia melalui Suruhanjaya Sekuriti. Oleh yang demikian, anda tidak perlu ragu untuk melabur di dalam unit amanah Islam kerana ia telah disemak dan disahkan oleh pihak berwajib.

Peranan badan/Jabatan kerajaann yang mempunyai kepakaran didalam bidang masing-masing adalah terlalu penting untuk memastikan segala pelaburan memenuhi piawaian dan peraturan yang telah ditettapkan untuk menjaga kepentingan kesemua PELABUR yang terlibat.
Peranan Suruhanjaya Sekuriti dan Pemegang Amanah

Suruhanjaya Sekuriti (SC) adalah sebuah badan yang berperanan memantau semua perkara yang berkaitan dengan unit amanah. Ia adalah tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 dan Garis panduan mengenai Dana Unit Amanah, Suruhanjaya Sekuriti. Ini bermakna semua dana yang diluluskan SC adalah dipantau pergerakannya.

Pemegang Amanah (Trustee) berperanan memastikan surat ikatan / perjanjian (Deeds) dipatuhi. Dengan kata lain, pemegang amanah menjaga aset para pelabur, iaitu kita. Pemegang amanah boleh jadi sama atau tidak sama di antara satu dana dengan satu dana yang lain. Maklumat ini boleh diperolehi daripada prospektus dana.

Peranan Penasihat Shariah Dana

Penasihat Shariah pula adalah individu atau syarikat yang dilantik menjadi penasihat kepada dana-dana islamik sedia ada. Penasihat syariah bertanggungjawab menasihati pengurus-pengurus dana dari aspek pelaburan di dalam kaunter-kaunter ataupun kelas aset yang patuh Shariah. Penasihat Shariah ini mendapat kelulusan daripada SC dan kelulusan tersebut bukan untuk selamanya. Adalah penting untuk mengetahui sama ada berlaku perubahan terhadap penasihat syariah dana supaya kita jelas tentang pelaburan yang diuruskan oleh pengurus-pengurus dana mendapat kelulusan daripada penasihat Shariah yang diluluskan. Maklumat-maklumat penasihat Shariah dana juga boleh diperolehi daripada prospektus dana dan juga di laman web Suruhanjaya Sekuriti.

Ke mana duit kita dilaburkan?

Seperti penerangan awal tadi, unit amanah adalah pelaburan kolektif – duit pelabur dikumpulkan, dan dilaburkan ke dalam kelas aset yang selaras dengan objektif pelaburan. Oleh yang demikian, kita perlu jelas akan objektif dana yang kita labur. Jika objektif dana adalah untuk mencapai pertumbuhan modal contohnya, maka duit yang terkumpul akan dilaburkan ke dalam syarikat-syarikat yang sedang berkembang atau sedang meningkat naik. Jika objektif dana adalah untuk memperolehi pendapatan tetap melalui syarikat yang menawarkan dividen, maka duit yang terkumpul akan dilaburkan ke dalam syarikat-syarikat yang memberikan dividen kepada pelabur mereka.

Siapa yang menentukan kaunter mana yang perlu dilaburkan? Kaunter mana yang perlu dijual? Ia adalah tanggungjawab pengurus dana. Pengurus dana mungkin orang yang sama, mungkin juga berbeza mengikut dana. Bukan mudah peranan dan tanggungjawab seorang pengurus dana, kerana ada banyak dana yang berbeza objektif dan strategi. Sebab itulah perlu ada lebih daripada seorang pengurus dana. Matlamat pengurus dana – memberikan ‘best effort‘ untuk menghasilkan pelaburan yang menguntungkan selaras dengan objektif dan strategi yang telah ditetapkan. Objektif dan strategi ini boleh diperolehi secara mendalam di dalam prospektus dana.

Keuntungan dan Pulangan

Keuntungan daripada pelaburan unit amanah adalah dalam bentuk pertumbuhan modal (capital gain) dan agihan (distribution). Pertumbuhan modal digambarkan sebagai turun-naik harga seunit saham, manakala agihan digambarkan sebagai dividen atau bonus. Bagi unit amanah yang tiada perubahan harga jual-beli seperti ASB, keuntungan hanya digambarkan melalui dividen dan bonus sahaja. Polisi agihan keuntungan ini ada dinyatakan di dalam prospektus dana. Adalah menjadi tanggungjawab pengurus dana untuk memberikan usaha terbaik mereka untuk menghasilkan keuntungan yang besar kepada para pelabur. Perlu diingat bahawa tiada jaminan bahawa agihan atau keuntungan tersebut akan diberikan setiap tahun. Oleh yang demikian, baca dan fahami polisi pelaburan anda.

WHAT ARE SHARIAH-BASED UNIT TRUSTS?

A form of Shariah-base collective investment that allows investors the opportunity to invest in a diversified portfolio of Islamic capital market instruments. Shariah-based unit trusts are managed by professional fund manager in accordance with Shariah requirements.

Achieve Financial Independence the Islamic Way
As unit trust consultant, we are committed in helping Malaysians achieve their financial goals. Therefore, we offer a comprehensive series of Shariah-based unit trust funds to help you achieve financial independence the Islamic way.